Perhiasan daripada anggota badan hidupan liar dirampas

Serbuan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA).
Serbuan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA).
A
A
A

PETALING JAYA - Barangan perhiasan yang dihasilkan daripada bahagian badan hidupan liar bernilai RM89,000 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di pusat beli-belah di sini Sabtu lalu.

Serbuan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan kira-kira jam 3.30 petang telah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam premis menemui bahagian-bahagian hidupan liar.

"Lelaki berusia 64 tahun itu bagaimanapun gagal mengemukakan dokumentasi, permit atau lesen berkaitan bahagian-bahagian hidupan liar tersebut.

"Jabatan Perhilitan telah merampas seutas rantai, tiga unit hulu parang, dua unit perhiasan patung dan tiga unit ukiran disyaki mengandungi bahagian hidupan liar.

Jabatan Perhilitan telah merampas seutas rantai, tiga unit hulu parang, dua unit perhiasan patung dan tiga unit ukiran disyaki mengandungi bahagian hidupan liar.
Jabatan Perhilitan telah merampas seutas rantai, tiga unit hulu parang, dua unit perhiasan patung dan tiga unit ukiran disyaki mengandungi bahagian hidupan liar.

"Selain itu satu taring, dua tanduk selain dua unit 'carrier' dihiasi bahagian hidupan liar turut dirampas," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kesemua sitaan dianggar bernilai RM89,000.

Tambahnya, lelaki terbabit telah dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Tegas Abdul Kadir, pihaknya mengingatkan orang awam dan amaran keras kepada mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti melibatkan pemburuan haram, pemilikan, pemindahan atau pemerdagangan hidupan liar secara tidak sah adalah satu kesalahan serius.

“Sebarang aduan dan maklumat boleh salurkan kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” jelasnya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!