Pemandu Myvi dipercayai alami ‘microsleep’, seorang maut dirempuh

Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang terbabas sebelum merempuh lima kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu pada Selasa
Kemalangan membabitkan Perodua Myvi yang terbabas sebelum merempuh lima kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu pada Selasa
A
A
A

MELAKA – [DIKEMAS KINI] Seorang maut manakala empat cedera selepas sebuah Perodua Myvi terbabas di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu sebelum merempuh lima kenderaan lain di laluan bertentangan pada Selasa.

Video kejadian tersebut tular di media sosial menerusi rakaman papan pemuka berdurasi 41 saat yang memaparkan Perodua Myvi dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum merempuh kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, kemalangan melibatkan enam kenderaan iaitu tiga buah motosikal jenis Honda EX5, Suzuki Raider R150 dan Yamaha Y15ZR serta tiga buah kereta iaitu Proton Saga, BMW X3 dan Perodua Myvi.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi terbabit yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ (terlelap sejenak) telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, yang menunggang motosikal Honda EX5 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Tiga lagi mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan manakala pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan melecet di siku.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beberapa kenderaan terlibat susulan kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular
Beberapa kenderaan terlibat susulan kemalangan di persimpangan lampu isyarat tengah hari Selasa - Foto: Gambar tular

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dan pernafasan terhadap pemandu Perodua Myvi berusia 35 tahun itu didapati negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Difahamkan, pemandu Perodua Myvi dijangka dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman pada Rabu.

Ringkasan AI

  • Seorang maut manakala empat cedera selepas Perodua Myvi terbabas di Padang Jambu
  • Perodua Myvi terbabit dipandu terhuyung-hayang sebelum merempuh lima kenderaan lain
  • Kemalangan melibatkan tiga motosikal dan tiga kereta termasuk Perodua Myvi
  • Pemandu Perodua Myvi didakwa mengalami 'microsleep' dan memasuki laluan bertentangan
  • Mohd Shahrol Anuar Md Roby meninggal dunia di lokasi kejadian, siasatan masih diteruskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!