Kanak-kanak lari dari rumah kerana merajuk

Tular kanak-kanak perempuan ditemui jalan bersendirian sebelum dibawa ke balai polis.
Tular kanak-kanak perempuan ditemui jalan bersendirian sebelum dibawa ke balai polis.
A
A
A

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Gara-gara merajuk selepas diminta tidur awal dan tidak dibenarkan menonton televisyen menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan bertindak keluar dari rumahnya di kawasan Durian Tunggal di sini pada malam Khamis.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu bagaimanapun ditemui oleh sepasang suami isteri dalam keadaan bersendirian di jalan besar Taman Belimbing Setia, Durian Tunggal kira-kira jam 11 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pasangan berkenaan yang prihatin terhadap keselamatan kanak-kanak itu dan menghantar mangsa ke Balai Polis Durian Tunggal.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa dipercayai keluar rumah kerana merajuk dengan ibunya yang memintanya tidur awal untuk ke sekolah keesokan hari.

"Keluarga mangsa telah hadir ke balai untuk menuntutnya.

"Kes selesai pada malam yang sama, kira-kira sejam selepas mangsa ditemui," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Terdahulu tular diaplikasi WhatsApp mengenai hebahan kanak-kanak yang memakai baju berwarna putih berjalan seorang diri sebelum diselamatkan dan polis meminta waris keluarga datang ke balai polis itu.

Ujarnya, mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau emosi dan pergerakan anak-anak, selain menjaga komunikasi dalam keluarga bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Katanya, turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawal penggunaan gajet, memantau rakan sebaya, dan segera membuat laporan jika anak tidak pulang dalam tempoh membimbangkan.

Artikel Berkaitan:

"Kes-kes anak melarikan diri dari rumah sering berpunca daripada kurangnya pemantauan, masalah komunikasi atau pengaruh luar yang negatif

"Ibu bapa dinasihati supaya memastikan perhubungan dan komunikasi keluarga sentiasa erat agar anak-anak berasa selamat untuk berkongsi masalah," ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!