Peniaga pasar pagi masih berdegil

Video yang tular menunjukkan kira-kira 30 peniaga dilihat seolah tidak menghiraukan perintah sehingga Majlis Perbandaran Kuala Langat(MPKL) terpaksa melaksanakan kaedah arahan secara lisan menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan peniaga menutup gerai mereka.

A
A
A

KUALA LANGAT - Kira-kira 30 peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom di sini didakwa masih berdegil kerana meneruskan perniagaan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa hari ini.

Video aktiviti perniagaan itu tular dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) terpaksa memberi arahan menggunakan pembesar suara supaya peniaga menutup gerai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata, kira-kira jam 8 pagi tadi sepasukan penguatkuasa MPKL mendapati aktiviti jual beli berjalan seperti biasa di kawasan berkenaan.

Tinjauan yang dijalankan anggota penguatkuasa MPKL mendapati terdapat peniaga menjalankan perniagaan di lokasi pasar pagi di Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom
Tinjauan yang dijalankan anggota penguatkuasa MPKL mendapati terdapat peniaga menjalankan perniagaan di lokasi pasar pagi di Teluk Bunut, Banting dan Jenjarom

"Arahan secara lisan itu dikeluarkan oleh penguatkuasa MPKL dan peniaga mengambil masa sejam untuk mengemas gerai mereka," katanya melalui kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya turut mengingatkan peniaga yang masih berdegil akan menerima notis ingkar arahan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran dan bakal menerima tindakan undang-undnag di bawah Seksyen 24(a) Akta 342.

"MPKL akan terus menjalankan pemantauan di lokasi ini bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: