Arahan bersimpang siur, Pemuda Amanah persoal tindakan kerajaan

 Shazni Munir
Shazni Munir
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan arahan 'bersimpang-siur' Tan Sri Muhyiddin Yaasin dan jemaah Kabinet berkaitan cara menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin berkata, arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setiap warga tempatan yang mahu merentasi sempadan negeri perlu melaporkan ke Balai Polis berdekatan ditarik dalam tempoh tidak sampai dalam tempoh 24 jam melalui pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Dalam kes yang lain, tidak pun sampai 24 jam arahan dikeluarkan kepada universiti awam supaya setiap kampus dikosongkan, Kementerian Pengajian Tinggi tampil dengan kenyataan kontradik yang membenarkan pula mahasiswa tinggal di dalam kampus.

“Dalam perkembangan mengenai mesyuarat membabitkan Covid-19, kita masih tidak mengetahui apakah telah ada penyelarasan menyeluruh di setiap kementerian khususnya peranan semua jemaah menteri dalam menangani wabak ini.

"Walaupun Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali telah memberikan jawapan berhubung tiada jemputan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri semalam,?" soalnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM tarik balik arahan perlu kelulusan polis jika ke negeri lain

Shazni Munir turut menyifatkan dalam keadaan negara dilanda krisis sebesar ini kerajaan seolah-olah kehilangan punca.

“Menteri serta timbalan pula kelihatannya bergerak dan bertindak teramat perlahan seolah-olah pergerakan siput babi atau mungkin lebih perlahan daripada itu.

“Kerana itu jangan marah kalau orang dah mula bertanya, apa sebenarnya yang Muhyiddin dan jemaah menterinya sedang lakukan ketika ini?” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: KSN mohon maaf isu khilaf jemputan mesyuarat khas Covid-19