PDRM tarik balik arahan perlu kelulusan polis jika ke negeri lain

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik arahan untuk orang ramai mendapatkan surat perlepasan untuk keluar ke negeri lain sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, arahan itu dibuat selepas mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi dokumen di balai polis di seluruh negara.

"Orang awam berpendapat bahawa mereka boleh melakukan perjalanan ke negeri lain jika mendapat kelulusan dari polis, maka berlaku kesesakan di balai dan perhentian bas.

"Sehubungan itu, kita menarik balik arahan itu dan orang ramai boleh melakukan perjalanan dengan selamat secara berhemah malam ini.

“Tiada sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga satu keputusan baru bakal diumumkan selepas mesyuarat berhubung perkara ini esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sebelum ini, Abdul Hamid memaklumkan orang ramai perlu mendapatkan surat perlepasan sekiranya ada keperluan untuk bergerak ke negeri lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Orang ramai perlu ke balai polis dengan membawa dokumen sokongan bagi memaklumkan alasan munasabah seperti melawat ahli keluarga yang sakit, meninggal dunia atau lain-lain perkara atas budi bicara Ketua Polis Balai.

Artikel Berkaitan: