Polis nafi dakwaan tiada siasatan dalam kes warga Bangladesh cabul kanak-kanak

Laporan Sinar Harian berhubung polis mengesan saksi kes cabul kanak-kanak. Foto kecil: Naazron.
Laporan Sinar Harian berhubung polis mengesan saksi kes cabul kanak-kanak. Foto kecil: Naazron.
A
A
A

KAJANG – Polis menafikan dakwaan bahawa siasatan tidak dijalankan berhubung kes lelaki warga Bangladesh yang didakwa mencabul kanak-kanak perempuan di kedai serbaneka seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Tindakan sedang diambil untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta saksi kejadian kes itu tampil membantu siasatan.

Naazron dilaporkan berkata, polis terkesan penularan video mengenai kejadian itu di aplikasi X pada jam 12.40 tengah hari.

Menurutnya, hantaran itu mendakwa lelaki terbabit mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak dan video lain yang menunjukkan dia dikasari.

Semakan turut mendapati, satu laporan polis diterima pada jam 4 petang, 12 Mac lalu daripada seorang lelaki berusia 32 tahun yang mendakwa anak perempuannya berusia sembilan tahun dicabul oleh seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di kawasan Kajang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!