Polis buka 40 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Datuk Huzir Mohamed - Foto: Bernama
Datuk Huzir Mohamed - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka 40 kertas siasatan berhubung berita tidak sahih mengenai wabak koronavirus (Covid-19) sejak 25 Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes telah dituduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 26 kes masih dalam siasatan, manakala tiga kes ‘no futher action’ (NFA) yang telah diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Rraya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 505 (b) iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

"Ia turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan," katanya.

Huzir menggesa orang ramai untuk menghentikan penyebaran sebarang kenyataan atau artikel yang tidak sewajarnya melalui laman sosial.

“Penularan kenyataan itu dikhuatiri akan menimbulkan kerisauan dan mencetuskan kegentaran dalam kalangan masyarakat.

"Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: