[VIDEO] 13 premis urutan ‘geli-geli’ di Ipoh diserbu imigresen

A
A
A

IPOH - Sebanyak 13 premis yang disyaki menawarkan pakej urutan ‘geli-geli’ diserbu Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Gegar di sekitar bandar raya Ipoh pada Ahad.

Premis yang berselindung di sebalik nama pusat refleksologi itu mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM200 kepada pelanggan, bergantung pada perkhidmatan yang disediakan.

Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee berkata, risikan selama dua minggu mendapati premis terbabit menggunakan aplikasi TikTok dan WhatsApp bagi menarik pelanggan.

Menurut beliau, berpandukan maklumat itu, serbuan dijalankan dengan kekuatan 91 pegawai penguat kuasa, dibantu pasukan dari imigresen Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, operasi selama tiga jam bermula 9 malam itu menahan seramai 54 wanita warga asing ketika sedang leka mengurut pelanggan dalam bilik masing-masing.

Wanita warga Thailand antara tangkapan paling ramai yang ditahan Imigresen Perak dalam Op Gegar di Ipoh.
Wanita warga Thailand antara tangkapan paling ramai yang ditahan Imigresen Perak dalam Op Gegar di Ipoh.

“Fokus kita adalah membanteras kegiatan tidak bermoral yang dilakukan warga asing ini terutama di pusat-pusat urut.

“Susulan itu, seramai 48 wanita warga Thailand, empat Vietnam dan dua Indonesia berusia 20 hingga 35 tahun telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.

Artikel Berkaitan:

James berkata, semakan mendapati semua tangkapan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di premis terlibat sebagai tukang urut.

“Mereka kemudian dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk proses dokumentasi dan siasatan selanjutnya.

“Pada masa sama, kami turut mengeluarkan saman kepada 54 lelaki yang dipercayai penjaga kaunter dan pelanggan untuk hadir membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!