Kehausan seteruk kebuluran

Sebahagian besar penduduk Palestin bergantung kepada agihan bekalan air bersih untuk diminum. Foto AFP
Sebahagian besar penduduk Palestin bergantung kepada agihan bekalan air bersih untuk diminum. Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Penduduk Palestin terpaksa meredah kawasan ditimbuni sisa runtuhan demi mencari bekalan air bersih ketika komuniti antarabangsa memberi tumpuan kepada krisis kebuluran di Genting Gaza.

Kumpulan pemerhati kelaparan global mendakwa krisis air yang mengakibatkan dehidrasi adalah sama teruk dengan bencana kebuluran dan malnutrisi yang kian meruncing serta telah meragut hampir 200 nyawa.

Walaupun sebahagian bekalan air disalurkan unit penyahgaraman kecil kendalian agensi bantuan, penduduk Gaza tetap bergantung kepada telaga akuifer payau yang sudah pun tercemar dengan sisa kumbahan dan bahan kimia lalu menyebarkan penyakit seperti cirit-birit dan hepatitis.

Tugas mendapatkan bekalan air buat keluarga masing-masing digalas oleh kanak-kanak Palestin.
Tugas mendapatkan bekalan air buat keluarga masing-masing digalas oleh kanak-kanak Palestin.

Sejak fasa awal perang genosid, Israel telah menghentikan seluruh bekalan air dan elektrik ke Gaza dan keadaan kian teruk berikutan beberapa rangkaian paip yang sudah musnah.

Moaz Mukhaimar, 23, berkata, dia terpaksa berjalan sejauh satu kilometer dan beratur selama dua jam untuk mendapatkan bekalan air untuk keluarganya.

“Sampai bila kami perlu hidup sebegini?” ujarnya yang berulang-alik tiga kali sehari demi mendapatkan bekalan air bersih.

Sementara itu, ibunya, Umm Moaz, 53, memberitahu bekalan air yang diangkut Mukhaimar adalah untuk menampung keperluan kira-kira 20 ahli keluarga yang tinggal di bawah satu khemah bersama mereka di Deir al-Balah, tengah Gaza tanpa dilengkapi sistem sanitasi yang sempurna.

Artikel Berkaitan:

Seorang kanak-kanak lelaki cuba mendapatkan air dari paip bawah tanah yang masih berfungsi di Beit Lahia, utara Gaza.
Seorang kanak-kanak lelaki cuba mendapatkan air dari paip bawah tanah yang masih berfungsi di Beit Lahia, utara Gaza.

Tugas mendapatkan bekalan air biasanya dilakukan golongan kanak-kanak memandangkan orang dewasa cuba mendapatkan makanan dan keperluan lain.

"Pada usia yang masih muda, mereka sudah menggalas tanggungjawab besar dan sanggup membawa tong kosong melalui kawasan runtuhan struktur dibedil Zionis serta mengejar kenderaan yang mengagihkan bekalan air," kata Ketua Sumber Air Gaza, Munther Salem.

Difahamkan, saluran paip baharu yang dibiayai Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menyediakan bekalan air buat kira-kira 600,000 penduduk Palestin di selatan Gaza melalui loji penyahgaraman di Mesir, namun ia mengambil masa beberapa minggu lagi untuk disambungkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan tahap kecemasan penggunaan air minimum setiap individu ialah 15 liter sehari untuk minum, memasak dan mencuci.

Seorang kanak-kanak lelaki mengisi air dari lori tangki mudah alih yang musnah dibedil Zionis. Foto AFP
Seorang kanak-kanak lelaki mengisi air dari lori tangki mudah alih yang musnah dibedil Zionis. Foto AFP

Data Biro Perangkaan Pusat pula menunjukkan purata penggunaan domestik harian di Israel ialah 165 liter sehari manakala penduduk Gaza hanya menggunakan tiga hingga lima liter sehari.

Pada minggu lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Oxfam mendedahkan penyakit bawaan air yang boleh dirawat sedang merebak di Gaza dengan kadar peningkatan hampir 150 peratus sejak lebih tiga bulan lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!