Iran tawar konsesi

Iran telah memperkaya uranium sehingga 60 peratus melebihi 3.67 peratus had dibenarkan.
Iran telah memperkaya uranium sehingga 60 peratus melebihi 3.67 peratus had dibenarkan.
A
A
A

TEHERAN - Iran menawarkan untuk menurunkan tahap pengayaan uranium diperkaya yang tidak akan dapat menghasilkan senjata nuklear.

Namun, ia meletakkan syarat langkah itu hanya akan dibuat jika Amerika Syarikat (AS) menghapuskan sekatan ketat ke atas Teheran.

Ketua Pertubuhan Tenaga Atom, Mohammad Eslami pada Isnin bagaimanapun tidak menyatakan sama ada ia melibatkan seluruh sekatan dikenakan Barat.

Konsesi itu ditawarkan setelah rundingan pertama yang berlangsung antara AS-Iran di Oman pada minggu lalu yang disifatkan konstruktif dan positif.

Sebelum serangan dilancarkan AS hingga mencetuskan perang selama 12 hari pada Jun 2025, Iran telah memperkaya uranium sehingga 60 peratus melebihi 3.67 peratus had dibenarkan di bawah perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) yang dimeterai pada 2015.

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Teheran merupakan satu-satunya negara tanpa senjata nuklear yang mencapai tahap tinggi sedemikian.

Sehingga kini keberadaan bekalan lebih 40 kilogram uranium diperkaya tinggi yang sempat dipindahkan sebelum kemudahan nuklear diserang AS tidak diketahui.

Stok simpanan tersebut membolehkan Iran menghasilkan lebih sembilan bom nuklear jika pengayaannya mencapai 90 peratus.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi, Ali Larijani telah berkunjung ke Oman untuk ‘rundingan susulan’ dan menyampaikan respons berhubung perbincangan bersama Washington. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Iran menawarkan untuk menurunkan tahap pengayaan uranium
  • Syaratnya Amerika Syarikat perlu menghapuskan sekatan ke atas Teheran
  • Konsesi ditawarkan selepas rundingan positif antara AS-Iran di Oman
  • Iran pernah memperkaya uranium sehingga 60 peratus, melebihi had JCPOA
  • Stok uranium diperkaya boleh menghasilkan sembilan bom nuklear jika mencapai 90 peratus pengayaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!