Covid-19: DBKL tutup perkhidmatan sementara

Senarai premis dan perkhidmatan DBKL yang ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Senarai premis dan perkhidmatan DBKL yang ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup premis dan perkhidmatannya kepada orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok hingga 31 Mac susulan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairil Azmir Ahmad berkata, penutupan itu melibatkan pejabat DBKL, Dataran Merdeka, kaunter bayaran (perumahan, pelesenan dan lain-lain) serta perkhidmatan suntikan tifoid.

"Turut ditutup taman awam, dewan serbaguna dan komuniti, kompleks sukan, perpustakaan, kerja di tapak binaan dan tandas awam di bawah seliaan DBKL.

"Sebarang aduan boleh disalurkan ke bilik gerakan DBKL di talian 03-92263112 (perumahan), 03-40244424 (kecemasan) atau layari ispaaadbkl.dbkl.gov.my atau e-mel callcentre@dbkl.gov.my," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: