Pemandu lari pemeriksaan polis rempuh mati remaja usia 18 tahun

Polis buru suspek langgar lari yang melanggar seorang remaja 18 tahun hingga maut. (Gambar kecil: R Puvarasan)
Polis buru suspek langgar lari yang melanggar seorang remaja 18 tahun hingga maut. (Gambar kecil: R Puvarasan)
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Polis buru suspek langgar lari yang melanggar seorang remaja 18 tahun hingga maut dalam kejadian di Jalan Temiang berhampiran Simpang Bukit Jong dalam kejadian pada Rabu.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah stesen minyak dirempuh kereta jenis Mercedes-Benz dipandu suspek, R Puvarasan, 28.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda RS ditunggang mangsa dilanggar secara berdepan oleh kereta suspek dari arah bertentangan yang hilang kawalan dan terbabas.

Suspek yang mempunyai lebih 10 rekod jenayah itu dikatakan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan memecut kenderaan sebelum hilang kawalan dan merempuh mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara suspek yang memandu kereta dipercayai lelaki berumur 28 tahun bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian dan meninggalkan kenderaan yang dipandunya,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor G Sankar di talian 014-6000353 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!