Polis buru suspek disyaki larikan cip kasino RM3 juta

Suspek dikenali sebagai Victor Lee yang beralamat di Taman Damai Perdana, Cheras, Kajang, Selangor.
Suspek dikenali sebagai Victor Lee yang beralamat di Taman Damai Perdana, Cheras, Kajang, Selangor.
A
A
A

KUANTAN – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes melarikan cip bernilai RM3 juta dari bilik sebuah kasino tertutup di Genting Highlands.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek warga tempatan berusia 44 tahun itu telah dikenal pasti dan sedang dijejaki.

Menurutnya, suspek dikenali sebagai Victor Lee, beralamat di Taman Damai Perdana, Cheras, Kajang, Selangor.

“Pihak polis menerima laporan daripada seorang pengurus syarikat berusia 32 tahun kira-kira jam 4.48 petang, Sabtu lalu yang mendakwa cip berkenaan telah dilarikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, dengan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azry Akmar berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong di talian 09-222 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!