Kerap menangis punca bayi maut didera ibu bapa angkat, tengkorak retak

Seorang bayi perempuan tujuh bulan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Rabu. Gambar hiasan
Seorang bayi perempuan tujuh bulan ditemui meninggal dunia dengan kesan lebam di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Rabu. Gambar hiasan
A
A
A

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang ditahan di sebuah kondominium di Cheras, Sabtu lalu disyaki mendera bayi perempuan berusia tujuh bulan hingga maut kerana dipercayai tidak tahan dengan tangisan mangsa yang berterusan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan mendapati wanita terbabit bertindak agresif akibat tekanan apabila bayi itu menangis tanpa henti.

"Bedah siasat mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan pada seluruh badan termasuk tengkorak yang retak.

"Kematiannya berpunca daripada penderaan fizikal yang dilakukan secara berterusan sejak sebulan lalu," katanya pada Sabtu.

Difahamkan mangsa dijaga pasangan suami isteri terbabit sejak 18 Jun lalu selepas diserahkan oleh ibu kandungnya, seorang wanita warga Indonesia yang pulang ke negara asal.

Suspek lelaki berusia 50 tahun bekerja sebagai jurujual, manakala isterinya yang berumur 38 tahun merupakan suri rumah.

Media sebelum ini melaporkan kejadian menimpa bayi berkenaan terbongkar selepas lelaki itu menghubungi polis kira-kira jam 9.34 malam, 30 Julai lalu dan memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri di rumah.

Pasangan terbabit kini direman tujuh hari sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!