Snek ikonik kini berwajah baharu, APOLLO tambah koleksi terkini

SHAH ALAM – Snek kegemaran ramai, APOLLO kini kembali dengan penampilan terbaharu yang lebih segar dan menepati cita rasa moden rakyat negara ini tanpa meninggalkan sentuhan nostalgik.
Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan menyeluruh tersebut meliputi rasa yang lebih kaya dan tekstur lebih halus, sejajar dengan misi menghidangkan keceriaan dalam setiap kudapan.
“Selain mengekalkan keaslian rasa, transformasi itu turut melibatkan tiga rekaan saiz pek yang lebih praktikal dan mesra pengguna sama ada ketika dalam perjalanan, gaya hidup sibuk, keluarga kecil atau sebagai stok kudapan seisi keluarga.
“Kesemua produk yang ditawarkan kepada pengguna dihasilkan dengan kawalan kualiti yang ketat dan dijamin halal, selari dengan kepercayaan pengguna terhadap jenama tempatan ini,” katanya.

Koleksi baharu itu menampilkan variasi produk kegemaran ramai dengan sentuhan penambahbaikan yang lebih memuaskan, iaitu wafer krim coklat, wafer krim susu, jejari wafer perisa coklat dan strawberi serta kek lapis perisa pandan dan coklat.
Menariknya, APOLLO turut memperkenalkan inovasi terbaharu iaitu wafel berperisa krim coklat dan strawberi yang dijangka menjadi alternatif pilihan buat peminat snek tempatan.
Koleksi APOLLO edisi baharu berkenaan sudah berada dalam pasaran sejak Jun lalu dan boleh didapati di minimarket, pasar raya serta kedai serbaneka di seluruh negara.
Dengan harga mampu milik, APOLLO kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia, sama ada untuk mengimbau memori zaman kanak-kanak atau mencuba sesuatu yang baharu dengan gaya lebih moden.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

