Nippon Paint perkenal cat luar rumah anti kotor, perlindungan sehingga 15 tahun

Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt merupakan cat luaran ultra premium yang dilengkapi 5X Power Anti-Dirt. Formulasi untuk membantu dinding luar rumah kekal bersih lebih lama.
Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt merupakan cat luaran ultra premium yang dilengkapi 5X Power Anti-Dirt. Formulasi untuk membantu dinding luar rumah kekal bersih lebih lama.
A
A
A

DINDING luar rumah yang dicemari jaluran hitam, kesan kotoran dan warna yang semakin pudar merupakan antara masalah lazim yang dihadapi pemilik kediaman di Malaysia.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan penampilan rumah, malah boleh menyebabkan kediaman kelihatan kusam walaupun struktur bangunannya masih dalam keadaan baik.

Cabaran tersebut menjadi lebih ketara dalam kalangan rumah moden yang menampilkan reka bentuk minimalis dengan permukaan fasad yang luas.

Walaupun reka bentuk ini memberikan imej yang lebih elegan dan kontemporari, ia turut menyebabkan kotoran, habuk serta kesan aliran air hujan lebih mudah kelihatan pada permukaan dinding.

Menurut Nippon Paint, antara kawasan yang paling terdedah kepada pengumpulan kotoran ialah birai tingkap dan dinding ledge, bahagian bawah cucur atap atau saluran air, pagar luar serta permukaan dinding luar kediaman yang besar.

Dalam iklim tropika Malaysia, kombinasi hujan lebat, kelembapan tinggi, habuk dan pencemaran udara mempercepatkan pembentukan kesan aliran kotoran atau dirt streaks pada dinding luar rumah. Keadaan ini lebih ketara ketika musim tengkujuh, iaitu sekitar November hingga Mac.

Jaluran hitam akibat aliran air hujan lazimnya terbentuk di bawah cucur atap, birai tingkap dan pagar luar rumah.
Jaluran hitam akibat aliran air hujan lazimnya terbentuk di bawah cucur atap, birai tingkap dan pagar luar rumah.

Kesan tersebut lazim berlaku apabila habuk dan zarah pencemaran terkumpul pada permukaan dinding sebelum dibawa turun oleh air hujan, lalu meninggalkan jaluran hitam yang mencacatkan penampilan keseluruhan kediaman.

Artikel Berkaitan:

Seiring peningkatan kesedaran pengguna terhadap aspek penjagaan rumah, teknologi cat luaran kini bukan sahaja memberi fokus kepada perlindungan cuaca, malah keupayaan mengekalkan kebersihan permukaan untuk tempoh yang lebih lama.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Nippon Paint (Malaysia) memperkenalkan Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, cat luaran ultra premium yang dilengkapi 5X Power Anti-Dirt Formulation.

Produk berkenaan dibangunkan menggunakan teknologi Dual-Core Polymer Synergy, yang menggabungkan dua polimer. UV-Engineered Polymer memperkukuh lapisan cat daripada sinaran UV bagi membantu mengurangkan kepudaran warna, manakala Dirt Repel Polymer menyukarkan kotoran untuk melekat pada permukaan dinding.

Menurut Nippon Paint, Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt sehingga lima kali lebih berkesan menahan kotoran berbanding cat luaran biasa.

Keupayaan ini membantu mengekalkan penampilan dinding yang lebih bersih dan menarik untuk tempoh yang lebih lama.

Bagaimana teknologi pembersihan kendiri berfungsi?

Selain membantu mengurangkan pengumpulan kotoran, Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt turut menampilkan mekanisme pembersihan kendiri yang memanfaatkan aliran air hujan.

Dirt Repel Polymer menghasilkan permukaan penolak kotoran yang diaktifkan oleh air hujan. Oleh kerana kotoran lebih sukar melekat, air hujan membantu mengangkat dan membasuh habuk serta kotoran sebelum ia sempat menumpuk, sekali gus mengurangkan risiko pembentukan jaluran hitam pada dinding luar

Bagaimanapun, ciri anti-kotoran ini tidak bermaksud dinding tidak akan kotor atau tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan, sebaliknya ia membantu mengurangkan kadar pengumpulan kotoran supaya permukaan dinding kekal lebih bersih lebih lama berbanding cat luaran biasa.

Kawasan terlindung yang kurang terkena hujan, seperti di bawah cucur atap atau anjung kereta, mungkin masih perlu dibilas sekali-sekala.

Nippon Paint mengesyorkan penggunaan Nippon Paint 8100 Weatherbond Sealer bersama Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt sebagai sistem perlindungan lengkap untuk dinding luar kediaman.
Nippon Paint mengesyorkan penggunaan Nippon Paint 8100 Weatherbond Sealer bersama Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt sebagai sistem perlindungan lengkap untuk dinding luar kediaman.

Dari aspek perlindungan, Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt menawarkan perlindungan sehingga 15 tahun, bergantung pada lokasi, pendedahan cuaca dan penjagaan. Ia turut dilengkapi pelbagai teknologi tambahan, antaranya Quartz Technology, Fibra Technology, Keep Clean Technology, Microblock Technology, Sunblock Technology dan Colour Care Technology.

Gabungan teknologi tersebut membantu melindungi dinding daripada kesan cuaca tropika, hujan asid, kesan alkali dan efflorescence daripada dinding simen, serta pertumbuhan kulat, alga dan lumut.

Pada masa yang sama, ia membantu mengekalkan keindahan warna, mengurangkan risiko kepudaran serta mengurangkan kesan kapur (chalking) pada permukaan cat.

Disokong piawaian ujian yang diiktiraf

Menurut Nippon Paint, prestasi Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt turut disokong oleh beberapa piawaian ujian yang diiktiraf, yang mengukur ketahanan dan prestasi produk dalam pelbagai keadaan persekitaran.

Antara piawaian tersebut ialah SS 678:2021 bagi ketahanan terhadap pengumpulan kotoran, ASTM G154 untuk pengekalan warna, SS5-G12:2020 untuk ketahanan cuaca, selain ASTM D2486 bagi ketahanan cucian basah yang diuji secara dalaman.

Bagi pemilik rumah yang merancang untuk mengecat semula atau menjalankan pengubahsuaian, pemilihan sistem perlindungan yang sesuai menjadi faktor penting bagi memastikan dinding luar bukan sahaja kelihatan menarik, malah mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang mencabar.

Untuk prestasi optimum, Nippon Paint mengesyorkan sistem 1+2, iaitu satu lapisan Nippon Paint 8100 Weatherbond® Sealer diikuti dua lapisan Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt.

Sebelum mengecat, cat lama yang tertanggal, habuk dan kotoran perlu dibuang, manakala kulat dan alga dirawat terlebih dahulu, contohnya dengan Nippon Paint Fungicidal Wash. Dinding juga mesti benar-benar kering, iaitu kelembapan di bawah 16 peratus, jadi elakkan mengecat semasa atau sejurus selepas hujan.

Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt direka untuk iklim tropika Malaysia yang kerap hujan dan lembap.
Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt direka untuk iklim tropika Malaysia yang kerap hujan dan lembap.

Selaras dengan aspirasi 'For Your Most Beautiful Home', pengenalan Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt dengan 5X Power Anti-Dirt Formulation menawarkan alternatif kepada pemilik rumah yang mahukan kebersihan dan perlindungan jangka panjang untuk kediaman mereka.

Dengan gabungan teknologi anti-kotoran, pembersihan kendiri, perlindungan cuaca dan perlindungan sehingga 15 tahun, produk ini direka untuk membantu mengekalkan keindahan fasad rumah agar terus tampil bersih, menarik dan terlindung dalam menghadapi cabaran cuaca tropika Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint Weatherbond® Ultimate Anti-Dirt, pilihan warna serta penyelesaian pengecatan yang sesuai untuk kediaman anda dengan melayari laman web rasmi Nippon Paint di https://www.nipponpaint.com.my/ultra-premium-series/

Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!