Wajah berkedut, tua ketika hamil kini kembali pulih

Wajah Lala kembali pulih selepas sebulan melahirkan bayi.
Wajah Lala kembali pulih selepas sebulan melahirkan bayi.
A
A
A

PUTRAJAYA – Seorang wanita yang pernah tular kerana perubahan ketara pada wajah ketika hamil, mencuri perhatian netizen sekali lagi apabila berkongsi keadaan terkininya selepas melahirkan anak.

Wanita dikenali sebagai Lala itu sebelum ini mencetus perbualan ramai apabila wajahnya kelihatan lebih tua, kasar dan menggerutu ketika sedang hamil.

Keadaan tersebut menyebabkan dia dihujani pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan penggunaan produk kecantikan merbahaya dan penyakit gangguan mistik.

Namun, menerusi laman X, Lala menegaskan perubahan tersebut berpunca daripada hormon kehamilan dan ia bersifat sementara.

“Ini semua akan berlalu. Ia hanyalah hormon kehamilan... Saya kecewa apabila orang komen ‘ini penyakit ain’, ‘salah produk.

"Untuk ibu-ibu baru atau sesiapa yang pernah alami macam saya, jangan risau,” katanya.

Selepas bersalin, Lala mula mendapatkan rawatan untuk merawat keadaan kulitnya yang meradang.

Dia berkongsi perkembangan dari hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin, menunjukkan perubahan yang semakin positif pada wajahnya.

Antara rawatan yang diterima termasuk Fotona Rosacea Laser yang membantu mengurangkan kemerahan dan radang kulit.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, wanita berkenaan turut diberi ubat antibiotik, krim sapu, serta krim malam khas oleh doktor.

Bagaimanapun, Lala masih belum mengambil ubat makan yang dibekalkan kerana bayinya mempunyai sejarah penyakit kuning (jaundis).

Menjengah di ruangan komen, ramai wanita berkongsi pengalaman serupa dan memberikan kata-kata semangat kepada Lala.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa teruja melihat perubahan wajahnya yang semakin sihat.

Rata-rata netizen menyambut baik usaha Lala berkongsi pengalaman sebagai satu bentuk kesedaran kepada wanita hamil agar tidak merasa rendah diri sekiranya mengalami perubahan fizikal yang sementara.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!