X500 Series tampil teknologi ZEISS

Promosi jualan akan berlangsung sehingga 30 November, tertakluk kepada syarat dan ketersediaan stok.
Promosi jualan akan berlangsung sehingga 30 November, tertakluk kepada syarat dan ketersediaan stok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - vivo Malaysia memulakan jualan rasmi siri telefon pintar premium terbaharunya, vivo X500 Series dengan harga bermula RM4,699, sekali gus mengukuhkan persaingan dalam segmen peranti berfokuskan fotografi dan videografi mudah alih.

Barisan produk tersebut terdiri daripada vivo X500 Pro Max, vivo X500 Pro dan vivo X500 yang menampilkan teknologi pengimejan hasil kerjasama dengan ZEISS serta keupayaan rakaman video yang dipertingkatkan, khususnya bagi pengguna yang gemar merakam acara hiburan dan konsert.

Menurut vivo, pelancaran siri berkenaan selari dengan strategi syarikat untuk memperkukuh kedudukannya dalam bidang fotografi dan videografi mudah alih melalui teknologi pengimejan yang lebih canggih.

Model utama, vivo X500 Pro Max, dilengkapi Kamera Telefoto ZEISS APO 200 megapiksel (MP) bersama sokongan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra yang menawarkan keupayaan setara 400 milimeter (mm), membolehkan pengguna merakam imej jarak jauh dengan lebih jelas dan terperinci.

Bagi penggemar konsert dan acara langsung, vivo X500 Pro Max serta vivo X500 Pro turut dilengkapi teknologi penjejakan pintar yang membantu mengekalkan fokus terhadap subjek walaupun bergerak aktif di atas pentas.

Antara ciri yang ditawarkan termasuk Lock-On Subject Tracking, Video Tracking 4K 120fps dan Auto Framing Fancam Video yang direka bagi memastikan rakaman kekal stabil serta berada dalam bingkai yang sesuai.

Selain keupayaan kamera, siri X500 turut menampilkan bateri berkapasiti besar untuk menyokong penggunaan intensif sepanjang hari.

vivo X500 Pro Max hadir dengan bateri 7,800mAh, manakala vivo X500 Pro dan vivo X500 masing-masing dilengkapi bateri 6,510mAh dan 7,500mAh. Ketiga-tiga model turut menyokong pengecasan pantas FlashCharge berwayar 90W serta FlashCharge tanpa wayar 40W.

Siri tersebut juga menggunakan sistem operasi OriginOS 7 yang menawarkan sambungan merentas peranti, keupayaan multitugas yang dipertingkatkan dan pelbagai ciri produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Artikel Berkaitan:

Sempena jualan pertama sehingga 30 November ini, pelanggan berpeluang menikmati ganjaran eksklusif bernilai lebih RM3,400.

Antara tawaran disediakan ialah vivo Buds Pro bernilai RM199, rebat sehingga RM680, perlindungan vivo Care bernilai RM2,167, langganan Google AI Pro selama tiga bulan dengan storan awan 5TB serta pelbagai diskaun pembelian aksesori dan produk Internet Kebendaan (IoT) terpilih.

Selain itu, pengguna turut boleh menikmati tawaran pembayaran melalui SPayLater, Atome, ansuran bank terpilih serta program tukar beli yang menawarkan penjimatan tambahan sehingga RM300.

Promosi jualanakan berlangsung sehingga 30 November, tertakluk kepada syarat dan ketersediaan stok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!