Kehadiran Amy Search, isteri ke IPD Shah Alam cetus tanda tanya

Gambar yang dirakamkan di hadapan IPD Shah Alam.
Gambar yang dirakamkan di hadapan IPD Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM – Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search dan isteri, Datin Nor Hasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish mencetuskan tanda tanya apabila dilihat hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Kehadiran pasangan itu ke balai polis berkenaan tular selepas Nourish memuat naik satu foto di Instagram miliknya, lengkap dengan kapsyen yang menarik perhatian ramai.

“Bersama Datuk Reza dan Datin Riza yang dihormati. Seronok dapat jumpa kalian berdua. Terima kasih,” tulisnya ringkas dengan nada penuh sopan.

Menerusi gambar tersebut, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, dan isteri bergambar bersama tiga individu lain dipercayai terdiri daripada peguam dan kenalan rapat.

Lokasi jelas menunjukkan bangunan IPD Shah Alam di belakang mereka, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Namun begitu, sehingga kini, tujuan sebenar pasangan tersebut hadir ke IPD masih belum diketahui.

Pihak media juga gagal menghubungi Nourish untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, nama Amy hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan insiden menyerang secara lisan penyanyi Shila Amzah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!