Peniaga santan didakwa rogol adik ipar

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 19 tahun.
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 19 tahun.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang peniaga santan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Ahad atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 19 tahun pada 18 Januari lalu.

Tertuduh, yang juga warga emas berusia 64 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3 petang di bilik tidur dalam sebuah rumah di Kampung Kubang Golok, Perupok.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, iaitu penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebat tidak kurang sepuluh sebatan.

Remaja berkenaan mempunyai hubungan sebagai adik ipar, iaitu satu hubungan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang, hukum, adat atau kebiasaan untuk dikahwini oleh tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan membantah mahkamah memberikan jaminan dengan mengambil kira mangsa tinggal bersama isteri kedua dan ibu mertua tertuduh.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Ahmad Nurie Abd Rahman, memohon mahkamah mempertimbangkan untuk membenarkan jaminan atas alasan tertuduh memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang tempoh enam bulan siasatan.

Peguam bela turut memaklumkan bahawa tertuduh merupakan penyumbang kewangan utama keluarga dan menanggung dua isteri yang tidak bekerja serta lima anak.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan 26 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!