Bekas setiausaha politik, isteri direman bantu siasatan kes rasuah 3 juta

Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah. Foto Bernama
Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha politik (SETPOL) kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM3 juta.

Perintah tahanan reman yang bermula Khamis itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu pasangan suami isteri itu ditahan jam 2 petang Rabu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.

Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.Foto Bernama
Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.Foto Bernama

Difahamkan SETPOL yang bergelar datuk dan isterinya disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Perbuatan itu dikatakan berlaku bagi tempoh Februari hingga November 2021.

Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan isterinya direman lima hari
  • Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman atas permohonan SPRM
  • Pasangan suami isteri itu ditahan setelah memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM
  • Disyaki meminta dan menerima rasuah RM3 juta untuk memudahkan syarikat mendapat projek penambakan laut
  • Wang rasuah dipercayai digunakan untuk membeli kondominium di Lembah Klang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!