Bunuh, sumbat mayat adik ipar dalam guni kerana dendam dengan isteri

Mayat mangsa disumbat dalam guni sebelum dicampak dalam longkang. Gambar hiasan
Mayat mangsa disumbat dalam guni sebelum dicampak dalam longkang. Gambar hiasan
A
A
A

GURUGRAM – Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki membunuh adik iparnya yang berusia 10 tahun sebagai tindakan balas dendam terhadap isterinya yang telah meninggalkan rumah mereka.

Menurut kenyataan polis pada Rabu, suspek yang dikenali sebagai Mohit Kumar, berasal dari daerah Munger, Bihar bertindak membuang mayat kanak-kanak perempuan itu ke dalam longkang di Bajghera selepas memasukkannya ke dalam guni.

Kes bermula apabila seorang lelaki membuat laporan polis pada Isnin bahawa anak perempuannya yang berusia 10 tahun hilang dalam keadaan mencurigakan pada hari Sabtu.

Siasatan dijalankan oleh Balai Polis Palam Vihar namun usaha mencari mangsa pada awalnya gagal.

Jurucakap Polis Gurugram memberitahu, suspek mendakwa telah memaklumkan kepada keluarga mentuanya mengenai perkara itu namun tidak diendahkan. Gambar hiasan
Jurucakap Polis Gurugram memberitahu, suspek mendakwa telah memaklumkan kepada keluarga mentuanya mengenai perkara itu namun tidak diendahkan. Gambar hiasan

Hasil siasatan kemudian mendedahkan bahawa terdapat konflik rumah tangga antara anak perempuan pengadu dengan suaminya.

Susulan itu, menantu kepada pengadu, Mohit Kumar ditahan oleh polis di kawasan Bajghera.

Dalam soal siasat, suspek mengaku telah membunuh adik iparnya, Sania.

Menurut suspek, dia telah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai seorang anak, namun isterinya telah meninggalkan rumah.

Artikel Berkaitan:

Jurucakap Polis Gurugram memberitahu, suspek mendakwa telah memaklumkan kepada keluarga mentuanya mengenai perkara itu namun tidak diendahkan.

"Lebih mengejutkan, suspek turut mengakui pernah cuba mencekik bapa mentuanya dan merancang untuk membalas dendam terhadap keluarga tersebut.

“Pada hari Sabtu, suspek membawa mangsa dari Om Nagar ke biliknya di Bajghera menaiki motosikal sebelum mencekiknya sehingga mati.

"Mayat kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik, dibungkus dengan selendang, dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke dalam longkang utama di Bajghera,” katanya.

Dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF), polis berjaya menemui mayat mangsa dari longkang tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!