Pemilik pusat tuisyen antara ditahan bantu siasatan kes khianat

Azizee
Azizee
A
A
A

GEORGE TOWN – Pemilik pusat tuisyen antara tiga individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang memusnahkan sembilan buah kenderaan di parkir Kondominium Tunas Residensi, Bayan Lepas pada 27 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, tangkapan berkenaan melibatkan sepasang lelaki dan wanita yang merupakan pemilik pusat pembelajaran itu serta seorang lelaki yang merupakan pemandu kepada pasangan terbabit.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek ditahan di kawasan Jelutong pada hari sama kejadian berkenaan berlaku.

“Kita sudah menahan tiga orang iaitu pasangan yang memiliki pusat tuisyen dan seorang lelaki iaitu pekerja kepada pasangan berkenaan.

“Usia tangkapan lingkungan 40 hingga 50 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Advokasi dan Pelancaran Op Selamat 25/2026 sempena Tahun Baharu Cina peringkat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang di Pasar Awam Jelutong, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian pada 27 Januari lalu, sembilan kenderaan musnah di parkir kondominium di Bayan Lepas.
Dalam kejadian pada 27 Januari lalu, sembilan kenderaan musnah di parkir kondominium di Bayan Lepas.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kebakaran tersebut berpunca daripada perbuatan khianat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah kondominium di Bayan Lepas.

Artikel Berkaitan:

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.50 pagi itu membabitkan lima kereta dan empat motosikal.

Kenderaan yang terbabit ialah Perodua Bezza, Honda CR-V, Perodua Myvi, Toyota Corolla Cross dan Honda Civic selain empat motosikal.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu, namun kebakaran berkenaan menyebabkan kenderaan terbabit musnah sehingga 80 peratus.

Ringkasan AI

  • Pemilik pusat tuisyen antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan kebakaran kenderaan di Kondominium Tunas Residensi
  • Tangkapan melibatkan pasangan pemilik pusat pembelajaran dan seorang pemandu
  • Ketiga-tiga suspek ditahan di kawasan Jelutong pada hari kejadian
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat
  • Sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran termasuk lima kereta dan empat motosikal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!