Polis mohon bantu kesan Nadia Farhana, dilapor hilang di tapak karnival

JEMPOL - Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan hilang di Tapak Expo Funfair, Bandar IOI Bahau di sini sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada jam 9.30 pagi, hari sama daripada bapanya.
"Mangsa dikenali sebagai Nadia Farhana Abdullah dan disedari hilang dari tempat kerjanya di tapak expo terbabit.
"Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg) dan berambut berwarna hitam," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, usaha mengesannya masih sedang dilakukan dan orang ramai yang melihatnya diminta segera menghubungi Balai Polis Bahau di talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 21 tahun dilaporkan hilang di Tapak Expo Funfair, Bandar IOI Bahau
- Ketua Polis Daerah Jempol menerima laporan kehilangan pada jam 9.30 pagi dari bapa wanita berkenaan
- Mangsa dikenali sebagai Nadia Farhana Abdullah
- Nadia Farhana mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat 45 kilogram dan berambut hitam
- Usaha mengesan Nadia Farhana masih sedang dilakukan dan orang ramai diminta menghubungi polis jika melihatnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

