Covid-19: Tangguh semua pembayaran balik skim mikro kredit

Rina Mohd Harun
Rina Mohd Harun
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberi penangguhan atau melakukan penjadualan semula pembayaran balik di bawah skim mikro kredit.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun dalam kenyataannya berkata, cadangan penangguhan pembayaran balik itu perlu dibuat sekurang-kurangnya sehingga tiga bulan.

"Cadangan ini diangkat bagi tujuan membantu para usahawan wanita golongan B40 yang terpaksa menanggung kerugian yang tinggi akibat daripada kekurangan hasil perniagaan berikutan penularan wabak Covid-19," katanya.

Menurutnya, langkah tersebut dilihat turut berupaya meringankan bebanan penderitaan akibat wabak Covid-19.

"Ia khususnya bagi usahawan wanita dan keluarga yang dijangkiti tetapi juga dapat meringankan desakan ekonomi yang dihadapi oleh mereka pada masa ini," katanya.

Artikel Berkaitan: