Singapura senaraikan 10 masjid dikunjungi pesakit Covid-19

Pekerja pembersihan melakukan pembersihan menyeluruh di ruang solat utama di Masjid Sultan, Singapura. - Foto MUIS
Pekerja pembersihan melakukan pembersihan menyeluruh di ruang solat utama di Masjid Sultan, Singapura. - Foto MUIS
A
A
A

SINGAPURA - Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) hari ini menyenaraikan 10 buah masjid yang dikunjungi lima rakyat negara itu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas mereka menghadiri perhimpunan tabligh di Malaysia baru-baru ini.

Menurut MUIS, usaha Kementerian Kesihatan setakat ini mendapati individu yang dijangkiti virus telah mengunjungi 10 masjid semasa tempoh berjangkit.

"Oleh itu, jemaah yang pergi ke mana-mana masjid dalam tempoh tersebut mungkin terdedah kepada kes Covid-19. Mereka dinasihatkan memantau kesihatan dengan baik selama dua minggu daripada kunjungan terakhir ke masjid terjejas dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai sebarang gejala.

"Mereka perlu memakai topeng muka dan memaklumkan doktor mengenai penyertaan aktiviti yang dikaitkan dengan kes Covid-19," kata MUIS menerusi nasihat awamnya seperti dilaporkan CNA. - Agensi

Artikel Berkaitan: