Kehilangan pempengaruh 'Ija' hanya sandiwara, dua beradik disiasat

Misteri kehilangan pempengaruh dikenali sebagai ‘Ija’, atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 rupa-rupanya hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.
Misteri kehilangan pempengaruh dikenali sebagai ‘Ija’, atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 rupa-rupanya hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.
A
A
A

MUAR – Misteri kehilangan pempengaruh dikenali sebagai ‘Ija’, atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 rupa-rupanya hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Menurut beliau, laporan kehilangan yang dibuat adiknya pada 15 Julai lalu dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

"Mangsa, Tengku Nizaruddin sebelum itu dikatakan hilang selepas memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kenderaan.

"Adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lenga sehingga membawa kepada pelancaran operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Namun, siasatan mendapati terdapat unsur penipuan dalam laporan tersebut, dan adik mangsa mengaku bersubahat serta sengaja berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengelirukan polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau, kedua-dua individu iaitu adik dan Ija telah diambil keterangan dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperoleh kebenaran menyiasat (OTI) dari pihak Timbalan Pendakwa Raya.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

"Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Polis menegaskan tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan sumber dan keutamaan tugasan pihak berkuasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!