Polis Kelantan pantau pengasas produk, pempengaruh terlibat jenayah

KOTA BHARU - Pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini masih dalam pemantauan dan risikan Polis Kelantan.
"Insya-ALLAH yang mana bersalah kita cari. Bukan pangasas produk sahaja, pempengaruh juga," dekimian kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat semasa sidang akhbar pada Khamis.
Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Media tempatan melaporkan Polis Kelantan mendedahkan ramai pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Menurut Mohd Yusoff ia berdasarkan beberapa tangkapan yang dilakukan sebelum ini.
Malah kebanyakan mereka dipercayai menggunakan modus operandi sama iaitu berselindung di sebalik perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

