Ahli Parlimen Sarikei masuk hospital sebagai PUI Covid-19

Wong Ling Biu
Wong Ling Biu
A
A
A

SIBU- Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu dari DAP dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) bagi Covid-19.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Chin Zin Hing mengesahkan bahawa Ling Biu telah dimasukkan ke hospital.

Ling Biu yang masih ditahan di hospital dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat politik di Kuala Lumpur dari 29 Februari hingga minggu lepas susulan kemelut politik yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew ketika dihubungi berkata, Ling Biu bukan dimasukkan ke hospital kerana virus tersebut sebaliknya radang paru-paru dan hospital menahannya sebagai PUI. - Bernama

Artikel Berkaitan: