Ijtimak Tabligh: Bukit Aman minta orang ramai bantu salur maklumat

Ijtimak Tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.
Ijtimak Tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah masjid yang menghadiri program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di sini pada 28 Februari lalu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ketika ini hanya kira-kira 1,500 peserta yang berdaftar dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Orang ramai yang mengetahui ahli keluarga, jiran-jiran atau rakan-rakan yang menghadiri program tabligh itu diminta tampil memberikan maklumat.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan tabligh diminta hubungi pejabat kesihatan

Peserta Ijtimak Tabligh digesa jalani pemeriksaan kesihatan: Dr Zulkifli

3,000 orang awam solat Jumaat bersama jemaah Ijtimak Tabligh

“Sehingga kini KKM tidak ada menghubungi pihak polis untuk membantu mengesan peserta jemaah tabligh yang terlibat,” katanya di sini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: