X

Kindly register in order to view this article
!

Solat Jumaat masih diteruskan di Kelantan

MOHAMAD SHUKRI
A
A

KOTA BHARU - Solat Jumaat di masjid-masjid di seluruh Kelantan masih boleh diteruskan setakat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bagaimanapun memberitahu, sebarang perubahan mahupun larangan akan dimaklumkan semula bergantung pada perkembangan keadaan semasa wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

“Sehingga semalam tiada apa-apa perubahan. Boleh diteruskan kecuali keadaan sudah berkehendakkan satu keputusan lain,” katanya.

Sementara itu, berhubung pencegahan bagi menangani penularan wabak Covid-19 di Kelantan, Mohamad Shukri meminta semua pihak mengutamakan kebersihan sebagaimana tuntutan Islam dan sesiapa sahaja yang mempunyai tanda-tanda jangkitan membuat pemeriksaan supaya ia tidak berjangkit kepada orang lain.

“Masing-masing perlu menjaga kebersihan dan kesihatan. Dalam Islam pun mengajar yang kita tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain,” katanya.

Semalam, Jabatan Kesihatan Kelantan memaklumkan negeri ini merekodkan kes Covid-19 yang pertama di negeri ini, manakala 44 individu lain yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling di Kuala Lumpur disyaki dijangkiti selepas saringan dijalankan.