Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Cheras

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussien Onn. - Foto Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Tun Hussien Onn. - Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada pukul 1.25 tengah hari, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan masjid serta jemaah.

Anwar bersama kira-kira 1,000 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk ‘Falsafah Pensyariatan Ibadah Haji’ sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut 29 Jun ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak di situ.

Terdahulu, Anwar makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Ros Sari yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan. - Bernama.