Hamzah saran Anwar ambil cuti

Hamzah Zainudin.
Hamzah Zainudin.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti bagi menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim baharu.

Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, dalam masa sama langkah itu dapat menepis persepsi umum yang mengaitkan beliau terlibat dalam menentukan kumpulan hakim berkenaan.

Menurutnya, dalam tempoh cuti Anwar, seorang Perdana Menteri Interim boleh dilantik bagi menjalankan tanggungjawab menguruskan negara, khususnya di bawah Perkara 122B.

"Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga integriti, kebebasan dan kemuliaan institusi kehakiman negara.

"Perikatan Nasional (PN) menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Istana Negara menegaskan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya dalam satu kenyataan, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Tambah Hamzah, memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

"Pun begitu, dalam keadaan Perdana Menteri hari ini mempunyai konflik kepentingan peribadi adalah munasabah serta wajar untuk pelbagai pihak merasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, beliau sendiri berdepan dengan beberapa saman sivil di mahkamah," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!