Tun Mahathir negarawan ulung - Hamzah Zainudin

Hamzah Zainudin mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun M menerusi laman Facebook.
Hamzah Zainudin mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun M menerusi laman Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Ulang tahun kelahiran ke-100 bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disambut dengan penuh penghormatan, memperingati jasa dan sumbangan luar biasa beliau dalam membentuk sejarah politik, ekonomi serta identiti negara bangsa Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelbagai sumbangan besar yang dilakukan oleh Tun Mahathir kepada negara termasuk menyelamatkan Malaysia semasa krisis matawang 1997-1998.

Menurutnya, selain itu sumbangan lain adalah Operasi Down Raid 1981, ' buy British last', Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan Negara dan Wawasan 2020.

"Sebahagian bingkisan sumbangan besar Tun M kepada negara.

"Hari ini, kita semua bukan hanya sekadar mengenang negarawan bergelar Tun Mahathir tetapi ia juga mengajar kita semua agar merenung sejarah untuk melangkah membina citra sebuah negara bangsa Malaysia," ujarnya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, 100 tahun yang melatari banyak episod sejarah politik negara yang akan kekal diperdebatkan sampai bila-bila, bukan sahaja dalam konteks tempatan tetapi dunia.

"Satu abad garis masa yang sarat dengan epilog perjuangan sebagai sebuah negara bangsa Malaysia yang menjadikan beliau negarawan ulung.

"Terima kasih atas segala jasa bakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga Tun senantiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!