Tarif AS: Perak harap tidak jejas keyakinan pelabur

Saarani berkata, dasar perdagangan luar seperti tarif bukan hanya menjejaskan Malaysia semata-mata, bahkan turut memberi kesan kepada negara lain yang mengeksport ke pasaran Amerika.
Saarani berkata, dasar perdagangan luar seperti tarif bukan hanya menjejaskan Malaysia semata-mata, bahkan turut memberi kesan kepada negara lain yang mengeksport ke pasaran Amerika.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak berharap tarif 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk terus menanam modal di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun isu tarif itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kerajaan negeri tetap memantau rapat kerana ia memberi kesan langsung terhadap pelaburan dan produktiviti di Perak.

"Negeri ini akan turut terkesan kerana kita melibatkan pelaburan dan produktiviti. Kalau produk kita perlu dieksport ke AS, maka akan terlibatlah.

“Tetapi kita tidak ada pilihan kerana kita mesti terus membawa masuk seramai mungkin pelabur ke negeri ini. Jadi kita berharap pelabur-pelabur tidak akan rasa terencat dengan tarif ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Kamaruzaman.

Saarani berkata, dasar perdagangan luar seperti tarif bukan hanya menjejaskan Malaysia semata-mata, bahkan turut memberi kesan kepada negara lain yang mengeksport ke pasaran Amerika.

"Ini adalah tarif yang ditetapkan AS. Jadi pelabur di mana-mana termasuk Kemboja akan hadapi perkara sama jika sasaran eksport mereka ialah AS," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!