AS kenakan tarif 35 peratus ke atas produk Kanada mulai 1 Ogos - Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan bahawa Washington akan mengenakan tarif 35 peratus ke atas produk Kanada mulai 1 Ogos, manakala tarif sektor tertentu yang sedia ada akan terus dikekalkan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Mulai 1 Ogos 2025, kami akan mengenakan tarif sebanyak 35 peratus ke atas produk Kanada yang memasuki Amerika Syarikat, berasingan daripada semua tarif sektoral…
"Sekiranya anda memutuskan untuk menaikkan tarif anda atas apa-apa sebab sekalipun, maka jumlah kenaikan itu akan ditambah kepada kadar 35 peratus yang kami kenakan,” menurut surat Trump yang ditujukan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney dan disiarkan di laman Truth Social. Bernama-Sputnik/RIA Novosti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
