Juruteknik dipenjara 30 tahun, 12 sebatan edar dadah

Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu pada Rabu.
Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 619.71 gram enam tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Faiz Yusof, 41, selepas pihak pembelaan gagal mengetepikan anggapan mengedar dadah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya itu di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir di sini kira-kira jam 7.30 malam pada 1 September 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu pada Rabu.
Tertuduh (tengah) dihadapkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu pada Rabu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara terhadap lelaki itu bermula dari tarikh tangkapan semula pada 23 April lalu.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pernah melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan pada Oktober 2022.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan terdapat kes prima facie dan membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Noradila Ab. Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Terdahulu, media melaporkan tertuduh ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa dan dipercayai memiliki kira-kira 60,000 biji pil kuda yang disyaki untuk diedarkan, dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM600,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!