Empat lelaki berdepan hukuman mati, edar dadah lebih 28 kilogram
21 Mac 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Empat lelaki berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya lebih 28 kilogram minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, N Maghendran, 48; B Vasanthan, 45; P Sivaganesh, 43, dan N Devandaran, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #edardadah #dadah
