Malaysia bukan sasaran militan asing

Mohd Khalid Ismail bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Jumaat. FOTO - MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Khalid Ismail bercakap kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Jumaat. FOTO - MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Kumpulan militan didalangi warga Bangladesh yang aktif menyebarkan ideologi ekstremisme melalui platform digital berjaya ditumpaskan menerusi siri operasi keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak April lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, seramai 36 individu berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam tiga fasa operasi yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM sekitar Selangor dan Johor.

Menurut beliau, operasi tersebut merupakan tindakan strategik PDRM untuk mengekang sebarang bentuk ancaman militan asing, sekali gus mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara.

"Malaysia tidak dijadikan sasaran, namun dijadikan lokasi penyebaran fahaman radikal dan ekstrem dalam kalangan komuniti migran. 

"Kita tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan negara," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan PDRM menumpaskan satu rangkaian militan warga asing dengan penahanan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat secara langsung dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan.

Beliau berkata, penahanan itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di sekitar Selangor dan Johor bermula 24 April lepas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!