KPDN terima 2,811 serahan kes daripada agensi penguat kuasa

Armizan (dua dari kiri) menyampaikan Sijil dan Plak Penghargaaan kepada rakan Strategik KPDN, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad (dua,kanan) pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53 di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya Presint 3 pada Khamis. Foto Bernama
Armizan (dua dari kiri) menyampaikan Sijil dan Plak Penghargaaan kepada rakan Strategik KPDN, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad (dua,kanan) pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53 di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya Presint 3 pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 2,811 serahan kes daripada agensi penguatkuasaan bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebahagian besar daripada kes berkenaan isu yang terkait di sempadan iaitu ketirisan dan penyelewengan.

"Kebanyakannya adalah melibatkan barangan bersubsidi seperti diesel, RON95 dan minyak masak peket," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-53 di sini pada Khamis.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 335 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei tahun ini sahaja.

“Serahan kes ini adalah hasil kerjasama strategik bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang mempercepat proses siasatan dan memperkukuh keberkesanan tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, antara agensi yang merekodkan jumlah serahan tertinggi ialah Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan 1,146 kes, diikuti Pasukan Polis Marin (PPM) sebanyak 866 kes, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 661 kes dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 69 kes.

“Kesemua kes ini melibatkan pelbagai perundangan berkaitan penyeludupan dan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah hampir RM200 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan bersepadu di bawah inisiatif K.I.T.A GEMPUR akan terus menjadi pemacu dalam memastikan penguatkuasaan lebih telus dan tangkas.

“Inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan membanteras manipulasi serta ketirisan melibatkan barangan bersubsidi yang memberi kesan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, dalam majlis sama Armizan turut menyampaikan sijil penghargaan dan plak kepada wakil agensi penguatkuasaan rakan strategik.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!