Kerajaan Madani terus pastikan setiap negeri diberi perhatian sewajarnya - Anwar

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya. Foto SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pict
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra, Putrajaya. Foto SHAHNAZ FAZLIE/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pict
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberi perhatian sewajarnya melalui dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian susulan kunjungan hormat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di pejabat beliau, semalam.

Anwar berkata, antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu ialah usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam mempergiat ikhtiar membantu rakyat Kelantan.

"Penekanan diberikan kepada peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang.

"Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan lebih terjamin untuk semua,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dalam majlis minum petang di Seri Perdana, petang semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata. pertemuan itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi silaturahim yang telah lama terjalin, selain menjadi platform bertukar pandangan mengenai hala tuju pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berkata. perbincangan turut memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta potensi negeri itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Madani akan memberi perhatian kepada setiap negeri termasuk Kelantan
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan hormat oleh Menteri Besar Kelantan
  • Perbincangan fokus pada memperkuat kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri untuk membantu rakyat Kelantan
  • Penekanan pada peningkatan kesejahteraan hidup dan peluasan peluang ekonomi
  • Anwar juga bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk mengukuhkan silaturahim dan membincangkan pembangunan Pulau Pinang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!