Penganggur didakwa bunuh jiran

Siat Fui dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dituduh membunuh jirannya seminggu lepas.
 - Foto Bernama
Siat Fui dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dituduh membunuh jirannya seminggu lepas.
 - Foto Bernama
A
A
A

RAUB - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh jirannya seminggu lepas.

Tertuduh, Pang Siat Fui, 46, sekadar mengangguk sebagai tanda memahami pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.

Dia didakwa membunuh Yap Chin Nam, 53, pada kira-kira jam 8 pagi, 6 Mac lepas di hadapan sebuah rumah di Kampung Cina Sempalit di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Shahrul Ekhsan memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor kerana mempunyai rekod rawatan mental di Hospital Bentong dekat sini dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 April ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chan Kai Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mangsa difahamkan maut akibat pendarahan teruk selepas ditikam dari arah belakang dengan menggunakan pisau.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mental serah diri lepas tikam pekebun

Artikel Berkaitan: