Sebutan permohonan lucut hak Menara Ilham 6 Ogos depan

Menara Ilham siap dibina pada 2015.
Menara Ilham siap dibina pada 2015.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebutan kes permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 telah ditetapkan pada 6 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, memaklumkan pendengaran dan sebutan kes itu akan berlangsung pada jam 9 pagi oleh Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur V K Neethiya Nair.

"SPRM pada 25 Mei lalu telah memohon untuk Lucut Hak Tanpa Pendakwaan Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 dan telah dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib.

"Pada tarikh yang sama, proses pemfailan kes baharu Permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah diluluskan," katanya.

Sementara itu, SPRM akan bekerjasama dengan agensi luar negara di Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan bagi pemfailan kes terhadap aset-aset kepunyaan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, isterinya Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan proksinya di sana.

Menara Ilham itu didakwa milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim.

Juga dikenali sebagai Menara IB (Ilham Baru), bangunan yang mempunyai 60 tingkat itu siap dibina pada 2015.

Ia menempatkan hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata.

Sebanyak 33 tingkat untuk kegunaan pejabat manakala selebihnya pula merupakan apartmen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!