Warga emas hilang ketika cari rebung selamat pulang ke rumah

Banggul@Maicheal (kiri) yang hilang ketika mencari rebung berjaya pulang ke rumahnya dalam keadaan selamat.
Banggul@Maicheal (kiri) yang hilang ketika mencari rebung berjaya pulang ke rumahnya dalam keadaan selamat.
A
A
A

BEAUFORT - Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari rebung, akhirnya berjaya pulang dengan selamat ke rumahnya di Kampung Kiulu Lumat, Membakut pada Sabtu.

Mangsa, Banggul @ Maicheal Dumat, 77, pulang ke rumah sendiri sekitar jam 6.20 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa telah pulang ke rumah.

“Mangsa memaklumkan bahawa dia telah tersesat dan tidak menemui jalan keluar.

“Mangsa terpaksa bermalam di hutan tanpa sebarang bekalan, dan sebaik menjelang pagi, dia cuba mengikuti laluan anak sungai sebelum berjaya keluar dari hutan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan bomba telah ke rumah mangsa bagi memastikan keadaannya selamat.

“Mangsa berada dalam keadaan sihat tetapi sedikit lemah.

“Operasi yang sepatutnya memasuki hari kedua ditamatkan pada jam 7.12 pagi,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!