Warga emas hilang ketika cari rebung

Operasi SAR dilakukan oleh pasukan bomba di sekitar kawasan hutan di Kampung Kiulu Lumat, Membakut.
Operasi SAR dilakukan oleh pasukan bomba di sekitar kawasan hutan di Kampung Kiulu Lumat, Membakut.
A
A
A

BEAUFORT – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika keluar mencari rebung di hutan Kampung Kiulu Lumat, Membakut, di sini, pada Jumaat.

Banggul @ Maicheal Dumat, 77, dilaporkan keluar dari rumah sekitar jam 12 tengah hari namun tidak pulang sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa pada jam 7.48 malam.

Hanya kenderaan ditemui di lokasi selepas mangsa dilaporkan hilang di hutan.
Hanya kenderaan ditemui di lokasi selepas mangsa dilaporkan hilang di hutan.

Katanya, seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari BBP Beaufort.

“Pihak bomba menerima panggilan memaklumkan bahawa mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak jam 12 tengah hari.

“Menurut maklumat daripada pihak polis, mangsa dipercayai pergi ke hutan untuk mencari sayur rebung tetapi gagal kembali ke rumah sehingga laporan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah beliau, pasukan bomba telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan milik mangsa ditemui di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa tidak berada di lokasi dan SAR segera dijalankan di sekitar kawasan hutan berkenaan, namun sehingga kini mangsa masih belum ditemui," katanya.

Ishak berkata, operasi ditangguhkan pada jam 10.34 malam dan akan disambung semula esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!