Formulasi kunyit rasa susu malta, Nurzunaini optimis luaskan pasaran minuman ADC

A
A
A
Kunyit atau nama sainstifiknya ‘curcuma longa’ termasuk dalam salah satu tanaman rempah yang terdapat di Wilayah Asia terutamanya di India dan di Nusantara.

Sebagai tumbuhan herba, kunyit lazimnya digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan masyarakat di Asia.

Namun di Malaysia, kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah turut dijadikan bahan dalam sebahagian makanan tambahan.

Pengasas minuman berjenama Amazing Double Curcumin (ADC), Datin Nurzunaini Mohamed Zain mengakui, kunyit mula mencuri tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan pelbagai penyakit.

Menurutnya, kajian mendapati curcuminoid iaitu komponen aktif dalam kunyit boleh digunakan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser kolorektum, alzheimer, arthritis dan masalah kulit.

"Kerana itu, saya mempunyai impian besar dalam mengkaji lebih mendalam dan menghasilkan makanan tambahan daripada ekstrak kunyit melalui rumusan unik dua gabungan bahan aktif curcumin.

"Usaha itu sekaligus disasar mampu menjadikan produk ADC antara produk pertama yang memperkenalkan gabungan curcuma longa dan curcuma xanthorrhiza di samping bahan aktif lain yang turut kita gunakan.

"Bahan lain yang turut digunakan, termasuklah ekstrak halia madu, ekstrak barli, piperine, kolagen hidrolisis marin dan vitamin C yang mengandungi banyak khasita,” katanya.

Miliki rasa yang istimewa
Artikel Berkaitan:


Paling menarik, Nurzunaini berkata, hasil kajiannya turut mendapati produk yang dihasilkannya ini mampu memberi kelainan dalam tekstur rasa seolah-olah mempunyai rasa seperti minuman susu malta atau susu formula yang dirumus khas.

Jelasnya, tarikan itu antara inovasi berbeza yang membantu pelanggannya menikmati khasiat semula jadi.

"Dalam pada itu, ia turut memberi keyakinan kepada kami meneruskan penghasilan produk dengan menggunakan ekstrak tersebut sebagai meyakinkan pelanggan," katanya,

Bangkit kerana anak sulung hidap tumor

Sejak anak sulungnya, Nurnawaitul Najwa Ahmad Nazri, 29, menghidap tumor, Nurzunaini bangkit membuat kajian mendalam mengenai kebaikan kunyit sehinggalah berjaya mengeluarkan produk ADC pada Mac 2018.

Jelasnya, pelbagai perniagaan pernah diceburi sebelum ini namun minat mendalam dalam mencipta formula sejak berumur 12 tahun menjadikan dirinya begitu peka terhadap kesihatan dan kecantikan.

"Masa itu memang saya menggalakkan anak mencuba produk yang saya cipta supaya dapat membantu memulihkan penyakitnya.

"Memandangkan curcumin adalah sejenis senyawa aktif utama dalam kunyit dan temulawak, kajian saintifik turut mendapati zat curcumin memiliki sifat penting membantu proses pertumbuhan dan penjagaan kesihatan dalaman serta luaran tubuh secara efektif tanpa mendatangkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya yang mengakui saintis dari barat juga telah mengkaji kebaikan ekstrak kunyit berkenaan.

Selepas anak perempuannya sihat setelah menderita ketulan besar di bahagian payudara kirinya, anaknya turut bersama mempromosikan minuman itu kepada masyarakat.

Anak turut bantu

Nurnawaitul menyifatkan bukanlah disebabkan perkataan kanser yang menakutkan dirinya, tetapi terpaksa menerima hakikat mahkota wanitanya terpaksa dipotong namun tekad untuk bangkit semula dan memberi kesedaran kepada umum mengenai kebaikan ekstrak kunyit selepas mendiamkan diri selama empat tahun.

Tambahnya, dia kini lebih bersemangat membantu ibunya dalam memberi maklumat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan di samping berhasrat meluaskan pasaran ADC ke peringkat antarabangsa.

Rentetan kisah anaknya, Nurzunaini memberitahu, ADC kini terjual lebih 1,000 kotak sejak Mac 2018.

"Pelanggan yang ingin dapatkan ADC boleh beli melalui atas talian dan saya rancang meluaskan pasaran dengan mencari lebih ramai stokis dan ejen di seluruh Malaysia," katanya.