Polis tinjau semula lokasi pembunuhan penuntut wanita

Norhizam (dua dari kiri) bersama pegawainya hadir semula ke lokasi kejadian bunuh seorang penuntut universiti di sebuah kondominium di Cyberjaya, pada Khamis.
Norhizam (dua dari kiri) bersama pegawainya hadir semula ke lokasi kejadian bunuh seorang penuntut universiti di sebuah kondominium di Cyberjaya, pada Khamis.
A
A
A

CYBERJAYA – Polis melakukan tinjauan semula di lokasi kejadian melibatkan seorang penuntut wanita sebuah universiti yang ditemui mati dibunuh di sini, pada Khamis.

Tinjauan tersebut dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Difahamkan, pasukan polis tiba di lokasi kira-kira jam 8.15 malam dan proses tinjauan berlangsung selama hampir satu jam.

Menurut Norhizam, polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan.

"Kita juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi demi menjaga maruah dan sensitiviti keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pasukan polis tiba di lokasi kira-kira jam 8.15 malam dan proses tinjauan berlangsung selama hampir satu jam.
Pasukan polis tiba di lokasi kira-kira jam 8.15 malam dan proses tinjauan berlangsung selama hampir satu jam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak polis pada jam 10.28 pagi, Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa yang berusia 20 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Namun begitu, terdapat kecederaan ketara di bahagian kepala mangsa dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat hentakan kuat di kepala (blunt force trauma) dan tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan unsur serangan seksual.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!