Penuntut wanita ditemui mati disyaki dibunuh

SEPANG - Seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di sini ditemukan maut dalam kediamannya dipercayai dibunuh pada Selasa.
Mangsa berusia 20 tahun berasal dari Sarawak itu ditemukan maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira jam 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman tersebut.
"Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapatnya kecederaan ditemukan di bahagian kepala.
“Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Serdang untuk bedah siasat, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan susulan hentakan objek tumpul pada kepala," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Norhizam berkata, slain itu, tiada kesan kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa yang boleh dikaitkan dengan rogol.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
“Kita memandang serius insiden ini dan menyeru orang ramai agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh melanggar undang-undang,” katanya.
Tular buaya di Pantai Bagan Lalang: Perhilitan laksana siasatan awal di lokasi
26 Oktober 2026 06:00pmSPRM cari Jamaluddin bantu siasatan kes di Sabah
26 Oktober 2026 05:38pmJPJ gempur litar lumba haram samseng jalanan di KL
26 Oktober 2026 05:26pmEmpat kawasan catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi
26 Oktober 2026 05:21pmSG4 terbuka jadi negeri perintis teknologi nuklear skala kecil
26 Oktober 2026 05:03pmAmaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri malam ini
25 Oktober 2026 06:50pm[VIDEO] Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak
26 Oktober 2026 10:47amTiga sekeluarga maut MPV bertembung pacuan empat roda
25 Oktober 2026 10:39pmPolis akan panggil pencipta kandungan masuk rumah Zalina Azman
26 Oktober 2026 03:39pm
