Rambai, Cheri bantu pindah gajah liar jantan

Seekor gajah liar jantan seberat 2.8 tan yang dilaporkan menganggu tanaman penduduk berjaya dipindahkan oleh Perhilitan di Kampung Plang, Gerik pada Khamis. Foto ihsan pembaca
Seekor gajah liar jantan seberat 2.8 tan yang dilaporkan menganggu tanaman penduduk berjaya dipindahkan oleh Perhilitan di Kampung Plang, Gerik pada Khamis. Foto ihsan pembaca
A
A
A

GERIK – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengambil masa sekitar tiga jam untuk memindahkan seekor gajah liar yang ditangkap di Kampung Plang di sini pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, operasi memindahkan mamalia seberat 2.8 tan itu dibantu dua ekor gajah denak iaitu Rambai dan Cheri yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang.

Menurut beliau, gajah jantan tersebut berjaya ditangkap pada Ahad lalu selepas operasi kawalan digerakkan berikutan aduan penduduk sejak Mei lalu.

“Kemuncak aduan diterima bulan ini apabila kumpulan gajah liar ini membuat kacau ganggu dengan merosakkan kebun getah dan pisang milik penduduk.

Gajah liar jantan yang berjaya ditangkap Perhilitan, Ahad lalu selepas operasi kawalan digerakkan berikutan aduan penduduk sejak Mei lepas. Foto ihsan pembaca
Gajah liar jantan yang berjaya ditangkap Perhilitan, Ahad lalu selepas operasi kawalan digerakkan berikutan aduan penduduk sejak Mei lepas. Foto ihsan pembaca

“Operasi translokasi haiwan liar berusia antara 26 hingga 30 tahun itu bermula jam 8.30 pagi dengan dibantu 13 kakitangan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak dan sepasukan 12 anggota PKGK,” katanya ketika dihubungi di sini.

Yusoff berkata, dengan tertangkapnya gajah itu, ia sekurang-kurangnya melegakan penduduk, sekali gus mengelakkan kerugian berterusan akibat konflik hidupan liar berkenaan.

Tambahnya, gajah tersebut akan dipindahkan ke kawasan habitat yang lebih sesuai dan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!